Pesan Aksesori Anda

Skip ke kandungan

Subjek

Anda di halaman utama

FREE DELIVERY WITH MYR 200 SPENT

 
 

Nespresso Accessories

Accessories to go with your machine and coffee

UBAHLAH PENGALAMAN MEMBUAT KOPI

Ubahlah kebiasaan anda meminum kopi dan ketahui langkah penyediaan lebih berkualiti dengan rangkaian mesin espresso serta aksesori kopi penuh kami.

Kami percaya secawan kopi yang sempurna mampu dinikmati dengan penggunaan aksesori membuat kopi yang serba lengkap seperti pembuih susu bagi membuihkan susu untuk espresso, cawan atau koleh kopi mengikut kesesuaian anda, serta dispenser kapsul kopi.

REKA BENTUK ANGGUN, SESUAI DIPEGANG, NIKMAT BILA DIMINUM

Espresso yang lazat amat sesuai dinikmati bersama cawan kopi yang direka khusus dan berkualiti tinggi. Ia juga harus menampilkan imej sepadan: memaparkan reka bentuk klasik, keanggunan sepanjang zaman, serta keindahan seni yang tinggi. Ia perlu menampung minuman kopi anda dengan kemas dan tepat, bagi memastikan espresso anda selesa dipegang dan kekal pada suhu yang sesuai.

Adun kopi anda dengan sempurna dan nikmatinya sehingga titisan terakhir. Dapatkan cawan atau koleh kopi elegan yang mampu menyerlahkan pengalaman espresso anda!

ADUN KAPUCINO DAN LATTE ANDA

Berjuta-juta penggemar kopi seluruh dunia memilih campuran susu berbuih di dalam kopi. Susu menambahkan rasa krim serta sentuhan kemanisan, yang memberikan aroma padat dan rasa yang lembut.

Terokai rangkaian pembuih susu ergonomik, ultra mudah Nespresso yang menyediakan susu ringan dan berkrim, panas atau sejuk hanya dengan sentuhan butang. Jadi anda boleh menikmati Kapucino atau Latte bertaraf dunia dan cukup sempurna di rumah anda.

TAMPILKAN KAPSUL ANDA DENGAN GAYANYA

Di Nespresso, setiap perincian tidak terlepas pandang. Anda boleh menyimpan pod kopi anda penuh bergaya dengan dispenser kapsul kopi, elegan kami, direka khas untuk dipadankan dengan bentuk dan saiz kapsul kopi Nespresso.

Lihatlah rangkaian penuh aksesori kopi kami di dalam talian hari ini.

Jimat lebih dengan langganan mesin kopi dan langganan kapsul kopi.