Anda kini disambungkan ke MY laman web Nespresso. Jika anda ingin menerima penghantaran anda di negara lain, sila ikuti langkah ini link.

  • Daftar
Beg pembelian : {{subTotalFormatted}}
capsule

KOPI DI NESPRESSO

LALUAN KE ARAH
KESEMPURNAAN

Kopi yang sempurna bukanlah satu kebetulan. Ianya bermaksud kami memilih yang terbaik dari sumbernya hingga ianya menjadi secawan kopi. Itulah kopi Grand Cru terbaik yang dihasilkan untuk dinikmati oleh anda.

Kenali Kepakaran Kami

Kopi yang sempurna bukannya sesuatu yang
dihasilkan dengan nasib.


Kopi yang sempurna bukan sesuatu kebetulan; ia hanya boleh dihasilkan dengan taraf yang tertinggi dan kualiti yang konsisten. Ia mesti dihasilkan dengan prinsip yang betul.

Dari biji kopi kepada secawan kopi, terdapat beberapa cara untuk menghasilkan kopi dengan lebih pantas dan murah. Namun tiada cara yang lebih baik dari apa yang kami lakukan. Oleh kerana sebiji kopi yang rosak boleh merosakkan biji kopi yang lain, kami hanya memilih biji kopi yang terbaik dan berkualiti. Kami berdedikasi kepada prinsip melakukan sesuatu dengan betul.

Kami sering ditanya, mengapa kami menamakan kopi kami "Grand Crus"?


Dalam dunia penghasilan wain, "Grand Cru" bermaksud kualiti wain yang terbaik. Dari situ kami meminjam nama "grand Crus" kerana kopi kami mempunyai kualiti yang terbaik.

Di Nespresso, kami memilih biji kopi yang terbaik yang kami boleh temui. Ini kerana awalan yang terbaik akan membawa kepada pengakhiran yang terbaik, iaitu secawan kopi yang sempurna.Kami bermula dengan biji kopi gred istimewa yang memenuhi kriteria-kriteria fizikal dan juga profil cita rasa yang telah kami tetapkan untuk penghasilan "Grand Crus".

Sumber yang terbaik mempunyai rasa yang terbaik


Cara kami memilih biji kopi juga perlu memenuhi kriteria kemampanan pokok kopi dan alam kopi.

Untuk menghadapi isu mengenai masa hadapan kopi, kami memulakan program "Nespresso AAA Sustainable Quality™" pada tahun 2003 dengan kerjasama NGO Rainforest Alliance. Pendekatan ini dapat memastikan Nespresso mendapat bekalan biji kopi yang berkualiti sepanjang masa, dan dalam masa yang sama dapat memberi petani-petani pendapatan yang lebih di samping menjaga alam sekitar. Tetapi objektif kami lebih dari itu. Ianya mengenai kesetiaan kami kepada petani-petani kopi tersebut.

CHRIS WILLEKetua Rainforest Alliance

Sistem pensijilan kami memberi impak yang positif kepada ribuan petani, keluarga dan alam sekitar

Di Nespresso, kami komited dalam:

Kualiti

Kualiti kopi yang terbaik

Kemampanan

Alam sekitar

Produktiviti

Hubungan jangka panjang bersama para petani

Menuai biji kopi kualiti terbaik dari kawasan yang terbaik

Buah kepada pokok Coffee Rubiaceae, kopi tumbuh di sekitar kawasan di antara tropik Capricorn dan Cancer.

Sama seperti wain, kopi yang terbaik mempunyai karakternya yang dipengaruh dari kawasan sumbernya. Tanah yang digunakan, cuaca, jenis kopi, kepelbagaian aspek, semuanya memainkan peranan yang penting. Rupa biji kopi tersebut apabila telah masak sama seperti buah ceri yang berwana merah. Seperti buah yang lain, biji kopi ini paling sempurna apabila ia dituai semasa ia masak.

JUAN DIEGO AND HIS FATHERAGRONOMIST SINCE 1982 IN COSTA RICA

Dalam Program "Nespresso AAA Sustanainable Quality", kami belajar bersama-sama dengan petani kopi, bagaimana untuk menaik taraf ladang kopi para petani. Ini kerana petani kopi yang memahami pokok kopi mereka.

Kopi Seumpama Buah Ceri

Buah ceri pada satu pokok yang sama masak pada waktu yang berbeza dan ia perlu dipetik pada waktu yang berbeza. Untuk memastikan biji kopi yang digunakan untuk Nespresso Grand Cru masak dengan betul, ianya perlu dipetik menggunakan tangan. Walaupun ianya melibatkan kos yang lebih tinggi, namun ia dapat memastikan biji kopi yang dipetik adalah biji kopi yang sempurna.

Umpama buah anggur

Dari perkataan Perancis, terroir bermaksud satu kawasan di mana sesuatu terhasil atas beberapa faktor yang ditakrifkan seperti iklim, tanah, suhu dan sebagainya.

Tanah

Altitud

Latitud

Hujan

Cahaya Matahari

Tidak semua biji kopi dihasilkan serupa…


Semakin tinggi tahap piawaian, semakin tinggi kualiti biji kopi yang dihasilkan. Semakin sama rata biji kopi dipanggang, semakin seimbang kopi anda.

Menjaga kualiti biji kopi yang dihasilkan memerlukan kami untuk mengulangi proses yang sama dari awal hinggalah ke proses merasa. Ini termasuklah proses membungkus kopi, proses menghantar biji kopi melalui air atau udara, dan apabila ia sampai ke Eropah. Proses merasa dilakukan untuk memastikan yang kopi terbaik telah dipilih dan digunakan.

Pakar Kualiti Nespresso, Kopi Hijau

Untuk setiap Grand Crus, Nespresso hanyua menggunakan biji kopi terbaik dunia.
Bagaimana seorang pembuat minyak wangi mengetahui tentang keharmonian bahan yang digunakan, begitu juga dengan pembancuh kopi kami yang menghasilkan campuran kopi beraroma harum.

Kami menghasilkan Grand Crus kami seperti campuran magik. Panel dari Nespresso telah dilatih secara intensif, diuji dan diberi sijil setiap 3 bulan atas kebolehan mereka untuk menguji kualiti kopi kami. Mereka menguji bukan sahaja pada rupa kopi kami, tetapi pada rasa yang pelbagai, asal usul dan cara bagaimana kami memproses kopi kami.

Di Switzerland, kami menghasilkan campuran Grand Crus seperti magik. Kami memilih biji kopi yang tertentu atas beberapa kriteria seperti aroma, rasa, rupa dan sebagainya. Kami mencampurkan beberapa komponen dalam jumlah yang sesuai supaya karakteristik setiap komponen diserlahkan. Sepertimana pembuat minyak wangi tahu betapa harmoninya campuran bahan mereka, begitu juga pembancuh kopi kami yang telah menguasai cara penghasilan kopi yang mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri. Dengan mengulangi proses yang sama selama 25 tahun, kualiti yang dihasilkan oleh Nespresso bukanlah satu kebetulan.

Campuran bahan yang pelbagai dapat menghasilkan rasa yang pelbagai, dimana setiap satu daripada komponen tersebut mempunyai karakteristik yang tersendiri. Dua jenis kopi yang biasa dihasilkan, Arabica dan Robusta, setiap daripadanya mempunyai karakteristik yang berlainan. Setiap jenis kopi tersebut perlu melepasi ujian fizikal, rasa dan kemampanan. Arabica mempunyai rasa yang halus, berasid, jernih dan elegan. Manakala Robusta pula memberikan rasa yang lebih berat, kuat bertekstur, dan beraroma. Nespresso menggunakan 90%-95% Arabica dan sedikit Robusta untuk menambah kepada Grand Crus yang tertentu atau menghasilkan personaliti yang unik diantara kedua tersebut.

Memanggang dengan cara tertentu mengikuti asal usulnya untuk medapatkan aroma yang tertentu


Memanggang dan mengisar adalah penting dalam menghasilkan Grand Crus kerana di sini ia berpotensi mengetengahkan rasa dan aroma dari biji kopi hijau.

Cara memanggang dengan betul bergantung kepada masa yang tepat, suhu dan sebagainya untuk memastikan setiap rasa dan aroma berdasarkan jenis biji kopi itu dapat dikeluarkan sepenuhnya. Manakala proses memanggang yang salah akan merosakkan kopi tersebut, pakar pula akan menggunakan yang terbaik dari setiap bahan. Mengimbangkan setiap karakter yang tertentu dan menyerlahkan setiap keunikan kopi tersebut. Atas sebab ini. Nespresso menghasilkan cara memanggang yang berbeza, sesuai dengan setiap jenis kopi.Bergantung kepada teknik memanggang yang digunakan, kopi yang sama boleh manghasilkan beberapa jenis cawan kopi yang berbeza. Dengan mengetahui jenis-jenis kopi kami, kami memanggang setiap satu dengan objektif untuk menaikkan rasa dan aroma kopi kami. Asal, jenis, kumpulan penghantaran, semua ini akan memberi impak kepada proses memanggang. Kepakaran kami memastikan setiap cawan kopi mempunyai rasa dan tekstur yang konsisten, walaupun keadaan berubah.

Pengisaran khas untuk hasil yang optimum


Proses mengisar adalah apa yang melepaskan aroma sesuatu kopi, membuatkan ianya satu proses yang amat penting dalam penghasilan cita rasa Grand Crus. Kepakaran dalam mengisar memastikan cawan kopi yang beraroma dan berkualiti dapat dihasilkan. Oleh kerana setiap jenis kopi dan campuran mempunyai hasil yang berbeza, cara kami mengisarnya telah diperibadikan supaya setiap hidangan Grand Cru adalah yang terbaik.

Mengekalkan kesegaran, memastikan
aroma cawan kopi anda


Selain sebab mengekalkan kesegaran kopi kami, kami telah memilih untuk menggunakan bekas aluminium kerana ianya boleh dikitar semula. Bahagian Kajian dan Pembangunan Nespresso bertujuan untuk memastikan bekas yang digunakan bukan sahaja dapat mengekalkan kesegaran kopi kami, malah ianya juga mesra alam sekitar. Dibandingkan dengan penghasilan aluminium asal, pengitaran semula aluminium hanya menggunakan 5% tenaga dan melepaskan hanya 5% gas rumah hijau.

Nespresso menghasilkan kapsul aluminium kedap udara untuk mengekalkan kesegaran kopi kami.

Kapsul aluminium ini dihasilkan kerana ia dapat mengekalkan keaslian lebih 900 aroma di dalam kopi kami. Penggunaan bekas ini dapat memastikan kopi kami tidak masuk angin dan mengekalkan kesegaran kopi kami apabila disediakan. Sejak proses memanggang dilakukan, kami memastikan kopi kami tidak terdedah kepada oksigen sehinggalah ianya dibekaskan di dalam kapsul aluminium. Bahan ini digunakan kerana ia bukan sahaja dapat mengekalkan kualiti dan rasa kopi kami, malah ia juga mudah dikitar semula dan mesra alam sekitar. Jika dibandingkan dengan pengeluaran aluminium asal, proses kitar semula produk aluminium hanya menggunakan 5% tenaga dan melepaskan 5% gas rumah hijau. Berpandu visi kami, Nespresso telah meningkatkan kapasiti pengitaran semula kapsul ini sebanyak 80% sejak 2013, awal setahun dari perancangan kami.

Dalam langkah terakhir kami, iaitu pengekstrakan, sistem Nespresso yang berkualiti memastikan setiap kapsul dapat berfungsi dengan mesin kami supaya setiap cita rasa dari proses memilih, memanggang, mengisar, dan membungkus dapat dikeluarkan... iaitu aroma dari kopi yang terbaik. Proses membru ini berfungsi dengan suhu air yang betul, kuantiti dan tekanan air yang tepat untuk setiap reka bentuk Grand Cru, supaya ia menunaikan janji kami untuk kopi yang berkualiti tinggi.

Pilihan 23 jenis Grand Crus

  • Intenso
  • Espresso
  • Lungo
  • Pure Origin
  • Decaffeinato
  • Variations

Campuran-campuran ini mempunyai pelbagai karakteristik hebat; ia sesuai disediakan di dalam cawan kecik, 25ml(ristretto) atau 40ml(espresso).

  • Kazaar

    Satu campuran di antara Robustas dari Brazil dan Guatemala, yang disediakan khas untuk Nespresso, dan Arabica panggang dari Amerika Selatan, Kazaar ialah sejenis kopi yang pekat. Kepahitan dan sedikit kepedasan diseimbangkan dengan rasa dan tekstur yang penuh berkrim.

  • Dharkan

    Campuran Arabica dari Amerika Latin dan Asia ini menyerlahkan karakter masing-masing atas sebab proses memanggang yang lama di bawah suhu yang rendah. Ia mempunyai rasa kopi yang kuat ditambah sedikit dengan rasa koko yang pahit dan bijirin yang dibakar, digabungkan untuk tekstur yang halus.

  • Ristretto

    Satu campuran di antara Amerika Selatan dan Afrika Timur Arabica, dengan sedikit sentuhan Robusta, dipanggang secara berasingan untuk menghasilkan rasa buah-buahan yang seimbang dan rasa espresso yang kuat.

  • Arpeggio

    Sejenis kopi pekat Arabica dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ia mempunyai karakter yang kuat dan rasa yang pekat, ditambah dengan rasa koko sedikit.

  • Roma

    Keseimbangan biji kopi yang dipanggang ringan Arabica dan Robusta dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah memberikan Roma rasa manis dan sedikit rasa kayu yang kekal untuk masa yang lama.

Keempat-empat campuran ini mempunyai cita rasa yang ringan dan seimbang. Mereka sesuai dihidangkan didalam 40ml cawan espresso.

  • Livanto

    Sejenis kopi Arabica asli dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Livanto adalah sejenis espresso yang cukup seimbang dengan ciri-ciri rasa gula hangus.

  • Capriccio

    Campuran Arabica dari Amerika Selatan dan sedikit Robusta. Ianya sejenis espresso yang diperkaya dengan aroma kuat dan rasa bijirin yang kuat.

  • Volluto

    Sejenis kopi Arabica dipanggang ringan dari Amerika Selatan. Ianya mempunyai sedikit rasa manis dan sedikit rasa biskut, ditambah dengan sedikit rasa masam dan rasa buah-buahan.

  • Cosi

    Sejenis kopi Arabica dipanggang ringan dari Afrika Timur, Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ianya sejenis kopi espresso yang agak ringan dan mempunya rasa sitrus yang segar.

3 jenis Grand Crus ini menawarkan pelbagai cita rasa dan keamatan yang berbeza, ia dihasilkan khas untuk dihidangkan di dalam cawan tinggi, 110ml.

  • Fortissio Lungo

    Semasa zaman belayar, Kopi Arabica Malabar, India terdedah kepada angin monsun setelah dituai. Ia menghasilkan aroma unik yang kuat denan cita rasa bijirin yang kuat. Kami campurkan ia dengan Arabica Amerika Latin untuk menghasilkan Lungo yang mempunyai karakter yang kuat.

  • Vivalto Lungo

    Sejenis kopi yang seimbang yang dihasilkan daripada campuran Arabica Amerika Latin dan Afrika Timur yang dipanggang secara berasingan untuk gabungan cita rasa bunga dan biji kopi panggang.

  • Linizio Lungo

    Ringan dan seimbang, Linizio Lungo Sejenis campuran Arabica yang menyerlahkan rasa bijirin dan malta.

Three Espressos (40 ml) and one Lungo (110 ml) with unique and striking characters. Each sourced by the Nespresso Coffee Experts from a single country of origin in specially selected territories.

  • Indriya from India

    Indriya merupakan satu campuran Arabica dan sedikit Robusta dari selatan India. Sejenis espresso yang pekat yang mempunyai personalitinya yang tersendiri dan sedikit rasa berempah.

  • Rosabaya de Colombia

    Campuran Arabica Colomia yang halus dan dipanggang secara individu menghasilkan rasa masam dengan sedikit rasa buah dan wain.

  • Dulsão do Brasil

    Sejenis kopi asli Arabica, Dulsão do Brasil adalah campuran biji kopi Bourbon kuning dan merah dari Brazil. Rasa lembut, elegan dan seimbangnya diperkayakan dengan sedikit rasa gandum bakar.

  • Bukeela ka Ethiopia

    Gabungan 2 jenis Arabica dari Ethiopia, iaitu tempat lahirnya kopi, Pure Origin Lungo, mempunyai rasa segar dan rasa bunga dengan sedikit rasa kayu dan kasturi.

Setiap kopi mempunyai aroma kuat yang tersendiri dan karakteristik semula jadi yang dipelihara melalui proses nyah kaffein.

  • Arpeggio Decaffeinato

    Pilihan Arabicas terbaik dari Amerika Selatan dan Tengah memperkaya campuran ini dengan rasa yang kuat, seperti rasa koko.

  • Volluto Decaffeinato

    Biji-biji kopi Arabica dari Amerika Selatan asli dipanggang lembut dan secara berasingan untuk menyerlahkan spesifikasinya mereka dan menyerlahkan rasa biskut, segar dan buahan yang manis.

  • Vivalto Lungo Decaffeinato

    Gabungan Arabica asli yang berasal daripada negara beberapa termasuk Amerika Selatan dan Afrika Timur. Dipanggang, kayu-kayuaan lembut, dengan bijirin manis dan rasa bungaan yang halus.

  • Decaffeinato Intenso

    Nikmati espresso tanpa kafein yang mempunyai keamatan tinggi dan kuat. Kopi Colombia dan Brazil dan digabungkan sedikit dengan Robusta Asia untuk menghasilkan rasa yang harmoni dan menyerlahkan rasa koko dan buah-buahan. Tambah susu untuk rasa yang manis dan berkrim.

Tiga variasi gourmet Livanto Grand Crus, dengan cita rasa semula jadi yang halus. Sesuai dinikmati dengan cawan kecil, 40ml.

  • Vanilio

    Sejenis rasa yang harmoni dan seimbang di antara rasa velvet vanila, dan rasa lembut Livanto Grand Cru. Campuran yang dikenali dengan perisa kaya namun halus dan licin.

  • Ciocattino

    Rasa pahit dari coklat dicampurkan dengan rasa gula hangus dari Livanto Grand Cru. Rasanya seperti coklat gelap.

  • Caramelito

    Rasa manis dari karamel melembutkan rasa panggang Livanto Grand Crus. Rasa campuran ini mengingatkan anda tentang rasa berlemak toffee.

Kualiti adalah segalanya, tiada kompromi dan kualiti tidak datang secara kebetulan.
Kenali Grand Crus Kami