Anda kini disambungkan ke MY laman web Nespresso. Jika anda ingin menerima penghantaran anda di negara lain, sila ikuti langkah ini link.

  • Daftar
Beg pembelian : {{subTotalFormatted}}

Pemanggangan

RAHSIA PENGADUNAN

Pemanggangan adalah satu faktor penting dalam menghasilkan Nespresso Grand Cru, kerana ia dapat menyerlahkan keseluruhan aroma dan rasa biji kopi hijau yang dipanggang. Nespresso telah membangunkan cara pemanggangan yang spesifik untuk biji-biji kopi tertentu, untuk menyerlahkan segala keunikan asal usul biji kopi tersebut. 

• Cara pemanggangan yang betul bergantung kepada masa pemanggangan yang tepat dan suhu yang paling sesuai supaya ciri-ciri asal-usul kopi dapat dirasa.
•Pemanggangan yang salah boleh menyebabkan Grand Cru yang rosak. 
•Semasa proses pemanggangan ini berlaku, biji kopi ini akan dikeringkan sepenuhnya dan warna mereka akan bertukar dari hijau kepada warna perang, dan selepas itu kehitaman. 
• Dengan kepanasan yang dikenakan, biji kopi itu akan mengembang dan kandungan kafein di dalamnya akan meningkat. 
• Keasidan dan kepekatan kopi akan terbentuk secara perlahan-lahan dan kemudian berkurangan. Manakala setiap aroma akan terbit secara optimum sebelum menghilang.
• Kepahitan kopi ini akan bertambah secara berterusan. Nespresso menggunakan teknik yang kompleks: pemanggangan asing dalam sesetengah adunan. 

 Ini termasuklah memanggang kopi dari setiap tempat asak yang berlainan secara berasingan untuk mengeluarkan setiap potensi yang biji kopi itu ada. Walaupun ianya lebih sukar, teknik ini akan menghasilkan satu keputusan yang tidak boleh ditandingi.