Pesan Kopi Kapsul

Skip ke kandungan

Subjek

Anda di halaman utama

FREE DELIVERY WITH MYR 200 SPENT

 
 

Kapsul Kopi Nespresso

Pilih kapsul kopi kegemaran anda

RASA DAN AROMA KOPI ASLI YANG PENUH NIKMAT

Bangkitkan deria anda dengan secawan kopi yang sempurna: dengan aroma unggul, warna yang padat, serta rasa yang kompleks. Alamilah pembaharuan menikmati espresso di rumah dengan rangkaian kapsul kopi yang dirumus khusus untuk dinikmati setiap penggemar kopi.

Koleksi Original kami memberikan anda pengalaman kopi yang pastinya asli dan menyeluruh. Daripada rasa ringan, perisa berasa buah yang dipertingkatkan dengan kehalusan pembuih susu Nespresso, Ristretto bergaya Neapolitan untuk kopi hitam terbaik, hayatilah dunia rasa dan aroma dengan keistimewaan tersendiri!

Jom rasa! Anda pasti teruja dengan kapsul kopi kitarsemula. Hanya selitkannya ke dalam mesin kopi espresso dan lihat nikmat terhasil di depan mata. Kunjungi kedai berhampiran untuk cara mengitar semula kapsul kopi anda untuk masa depan yang lebih mampan.

Masanya telah tiba untuk cara baru menikmati dunia kopi.

SERLAHKAN DIRI DENGAN ESPRESSO

Sedang mencari kapsul kopi dalam talian? Idamkan campuran espresso penuh nikmat atau kopi Pure Origin asli yang memenuhi citarasa anda? Inilah masanya untuk anda melangkah masuk ke dunia kapsul kopi Nespresso yang sofistikated dan menakjubkan di Malaysia.

Setiap kapsul kopi Nespresso memberikan anda profil aroma dan rasa yang unik:

  • Inspirazione Italiana – Campuran multi-origin yang pekat memberi anda pengalaman rasa kopi yang kuat dan ketara. Nikmatinya dalam cawan Ristretto 25ml atau Espresso 40ml.
  • Espresso – Alami rangkaian Nespresso Espresso dengan rasa kopi penuh dan seimbang. Tambah susu untuk mendapatkan rasa lebih lembut dan berkrim.
  • Master Origins – Rangkaian kopi yang dirumus oleh tukang-tukang yang mahir dengan inspirasi dari alam sekeliling mereka, di mana setiap seorang mengendalikan proses yang berkaitan untuk menghasilkan kopi yang terbaik dan tiada tandingan. Alamilah sendiri. Cubalah Kopi Colombian terlaris kami!
  • World Explorations – Jemputan untuk anda menikmati beraneka rasa kopi dari seluruh dunia dan meneroka keunikan budaya kopi penuh warna melalui secawan Nespresso!
  • Barista Creations – Kreativiti dan kepakaran daripada barista-barista termasyhur di dunia mencetus inspirasi bagi koleksi resipi kopi yang istimewa dan mudah untuk dicuba di rumah!
  • Limited Edition – Di Nespresso, keasyikan dan kejutan menanti anda dengan kopi campuran Limited Edition kami yang memberi sentuhan baru kepada kopi klasik.
  • Decaffeinated Coffee - Proses nyahkafein kopi dilakukan dengan teliti supaya kepadatan aromanya terpelihara, tanpa kandungan kafein. Cubalah rangkaian kopi nyahkafein kami.

Sila tempah kapsul espresso terbaik kami untuk kesempurnaan rasa secawan kopi. Alami mesin kopi kapucino terbaik untuk rumah atau pejabat anda hari ini.

Sertai Langganan Kapsul Nespresso dan JIMAT sehingga 10% sebulan.

Ispirazione Firenze Arpeggio

Get 10% extra credit with Coffee Subscription

Plus free delivery for orders over 50 capsules*